BAB 2 TEORI KURIKULUM BILIK DARJAH


2.0

RINGKASAN KANDUNGAN

 




2.1

PENGENALAN

 

Teori merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu. (Johson & Christensen, 2011). Konsep-konsep teori kurikulum iaitu sebagai suatu pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum. Makna tersebut wujud disebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum, adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan penilaian kurikulum. Tiga tugas utama teori kurikulumi ialah mengenalpasti masalah yang muncul dalam pengembangan kurikulum dan konsep-konsep yang mendasarinya, menentukan hubungan antara masalah-masalah tersebut dengan struktur yang menyokongnya, mencari atau meramalkan pendekatan- untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teori kurikulum merangkumi teori disiplin mental, sanitifik, fungsional dan teori berasaskan sekolah. Teori pembelajaran pula menghuraikan tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terdapat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran itu wujud hasil dari penyelidikan dan berasaskan pemikiran logik berteraskan falsafah. la terbahagi kepada tiga iaitu teori pembelajaran behaviourisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Asas-asas ilmu dalam pembinaan kurikulum ialah ilmu falsafah, psikologi, teknologi dan sosiologi. Ilmu falsafah melibatkan teori realiti, ilmu dan nilai, manakala ilmu psikologi ialah berkaitan teori pembelajaran dan motivasi. Ilmu teknologi adalah berkaitan dengan teori sistem komunikasi & maklumat, manakala ilmu sosiologi adalah melibatkan teori sekolah & masyarakat. Pembelajaran behaviourisme ialah sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. (Williams & Anandam, 1973). Manakala, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.


2.2

KONSEP DAN PENGERTIAN TEORI KURIKULUM

 

PERKARA

HURAIAN

TEORI

1. Teori ialah “....... set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu pembolehubah untuk meramal keputusan’. (Stanovich, 1992)

2. Teori merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu. (Johson & Christensen, 2011).

3. Teori merupakan suatu set atau sistem pernyataan yang menjelaskan serangkaian hal ketidaksepakatannya yang terletak pada ciri-ciri pernyataan tersebut. Ada tiga kelompok ciri pernyataan suatu teori. (1) Penyataan bersifat memadukan (unifying statement). (2) Pernyataan tersebut berisi kaedah-kaedah umum (universal preposition). (3) Pernyataan bersifat meramalkan (predictive statement). (Kaplan, 1964).

TEORI PEMBELAJARAN

1. Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran.

2. Teori pembelajaran menghuraikan tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terdapat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran dibentuk hasil penyelidikan & berasaskan pemikiran logik berteraskan falsafah

3. Teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Di samping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori. Contoh: Teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran kognitivisme dan teori pembelajaran konstruktivisme.

TEORI KURIKULUM

 

1. Konsep-konsep teori kurikulum iaitu sebagai suatu pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum. Makna tersebut wujud disebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum, adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan penilaian kurikulum.

2. 3 tugas utama teori kurikulum: (1) Mengenalpasti masalah yang muncul dalam pengembangan kurikulum dan konsep-konsep yang mendasarinya, (2) menentukan hubungan antara masalah-masalah tersebut dengan struktur yang menyokongnya, (3) mencari atau meramalkan pendekatan-untuk menyelesaikan masalah tersebut. (Mohd Daud Hamzah). Contoh: Teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum berasas sekolah.

TEORI KURIKULUM DISIPLIN MENTAL

1. Menggunakan logik psikologi indera sebagai asas huraian

2. Akal mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan, khayalan, penaakulan, kehendak, pemerhatian dan sebagainya

3.Merupakan psikologi indera (akal empunyai otot yang perlukan latihan mental)

4. Mengutamakan latihan mental untuk membina otot akal serta meningkatkan keupayaan menjalankan operasi akal fikiran

5. Fungsi sekolah ialah untuk membina perkembangan otot akal manakala fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal.

6. Liputan kurikulum memuatkan apa sahaja pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal dengan harapan pada akhirnya individu itu dapat memilih maklumat yang positif dalam kehidupannya.

TEORI KURIKULUM SAINTIFIK

1. Pengasas: Bobbit.

2. Logik: Sekolah merupakan kilang yang memproses input bagi menghasilkan output. Murid sebagai bahan mentah dari input yang diproses di sekolah supaya menjadi menjadi output yang bersedia memikul peranan masing-masing. Manusia seolah-olah seperti barangan keluaran industri.

3. Pembahagian kurikulum: perlu dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing.

4. Reka bentuk kurikulum: setiap individu murid yang hendak diajar perlu dirancang dengan melibatkan sub aktiviti yang lebih terperinci. Bagi membolehkan murid belajar sendiri.

5. Liputan kurikulum:

i. Mengadakan aktiviti yang dikenalpasti wujud dalam kehidupan manusia.

ii. Aktiviti boleh dipetakan melalui operasi saintifik (analisis aktiviti).

iii. Aktiviti analisis sehingga ke tahap yang spesifik.

iv. Aktiviti mengikut disiplin iimu yang relevan.

v. Keupayaan, sikap, tabiat, dan tingkahlaku yang diperlukan dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam aktiviti dan diajar kepada murid.

6. Kekuatan:

Guru-guru boleh mereka bentuk kurikulum sendiri. Sekolah dapat memproses murid supaya menjadi output yang bersedia & berupaya memikul peranan masing-masing dalam kehidupan.

7. Kelemahan:

Logik teori kurikulum saintifik tidak berupaya menjelaskan perkembangan kurikulum kerana teori ini menegaskan betapa pentingnya kanak-kanak dibezakan menurut darjah kecerdesannya untuk memberi mereka latihan spesifik yang selaras dengan takdir mereka dalam masyarakat.

 

TEORI KURIKULUM FUNGSIONAL

1. Pengasas: Durkheim & Parson.

2. Fungsi sosial dalam sistem.

3. Sekolah berfungsi memasyarakatkan kanak-kanak untuk menghayati ciri sejagat budaya masyarakatnya serta diorientasikan kepada pelbagai nilai dan budaya yang berkait dengan peranan pekerjaannya pada masa hadapan.

4. Liputan kurikulum:

i. Membuatkan budaya umum dan khusus.

ii. Kurikulum menyediakan latihan kemahiran pekerjaan.

iii. Peluang pekerjaan diwujudkan untuk dipenuhi tenaga manusia terlatih dari masa ke masa.

5. Pembahagian kurikulum:

i. Kurikulum dibahagikan kepada berbagai bidang/program bagi melahirkan tenaga terlatih yang dapat memenuhi petak pekerjaan.

ii. Kurikulum mestilah dapat memenuhi tuntutan masyarakat yang agar generasi muda dapat menerima budaya masyarakat yang wajar agar sebagai bekalan ketika mereka dewasa.

6. Reka bentuk kurikulum:

i. Kurikulum rasmi mestilah mendefinasikan tingkah laku, budaya, norma dan nilai masyarakat

ii. Kurikulum rasmi mestilah sempurna dan lengkap kerana akan dilaksanakan dan dipatuhi.

7. Perkembangan kurikulum:

i. Mencadangkan perlunya kemahiran bagi melaksanakan pekerjaan.

ii. Sedia berubah mengikut perkembangan teknologi.

TEORI KURIKULUM BERASAS SEKOLAH

1. Pengasas: Dewey, Macdonald, Saylor & Alexander.

2. Morfogenesis ─ konflik struktur sosial. Golongan dominan vs golongan penyanggah.

3. Sekolah berfungsi untuk mengukuhkan golongan dominan (kuasa, pekerjaan & kekayaan).

4. Liputan kurikulum:

i. Dirumus oleh golongan dominan berpandukan sejarah, budaya, falsafah dan ideologi.

ii. Kurikulum sebagai alat ideologi melemahkan golongan penyanggah (penentang).

5. Pembahagian kurikulum:

i. Kurikulum sebagai alat kawalan sosial dan mengekalkan keuntungan golongan dominan.

ii. Pelbagai jurusan /program diadakan untuk membahagikan kurikulum kepada murid-murid yang berbeza dari segi individu.

iii. Pelbagai syarat dikenakan untuk menempatkan murid tertentu ke dalam jurusan/program tertentu.

6. Reka bentuk kurikulum:

i. Teori Analisis: Reka bentuk ditentukan oleh kuasa dominan pada peringkat masyarakat, institusi.

ii. Seimbangkan kuasa dominan dan penyanggah. (Goodland 1972)

iii. Teori Hegemoni ─ reka bentuk kurikulum yang dilaksanakan oleh guru sebagai penyelesaian konflik guru-murid ke atas tekanan kurikulum rasmi dalam latar setempat.

7. Perkembangan kurikulum:

i. Dilaksanakan oleh institusi rasmi yang dikawal oleh golongan dominan.


2.3

TEORI TEORI PEMBELAJARAN

 

KOMPONEN PEMBELAJARAN

TEORI BEHAVIOURISME

TEORI KOGNITIVISME

TEORI KONSTRUKTIVISME

 

Falsafah Pembelajaran

1. Murid boleh dibentuk mengikut objektif dan kehendak guru.

2. Murid dimanipulasi

1. Perubahan adalah berdasarkan pilihan murid mengikut faktor persekitaran.

2. Murid diajak berfikir, membentuk konsep, dan mencipta.

1. Murid mempunyai kehendak dan keupayaan sendiri dan guru pemudahcara.

2. Murid mengalami dan belajar menyelesaikan masalah disituasi sebenar.

 

Keperluan Pembelajaran

1. Berpusatkan guru dan berasaskan proses stimulus- respons.

2. Pemantauan dan pengukuhan oleh guru.

3. Pengujian formal berasaskan kompetensi.

1. Berpusat kepada murid.

2. Pengukuhan oleh guru, dilaksanakan oleh murid.

1. Berpusat kepada murid.

2. Guru sebagai pemudahcara dan fasilitator yang menggerakkan murid.

 

Objektif Pembelajaran

1. Guru tentukan keperluan, pengetahuan, kemahiran dan perilaku murid.

1. Guru menyediakan rujukan keperluan, dan murid mempelajari melalui modul skema.

1. Murid menerima pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada.

 

Isi Pembelajaran

1. Membina kompetensi dan penguasaan pelbagai kemahiran mengikut objektif yang telah ditetapkan.

1. Murid belajar menggunakan skema contoh yang dinyatakan oleh guru.

1. Pengetahuan mengenai topik adalah dibina sendiri oleh murid dibantu oleh pemantauan guru.

 

Penilaian Pembelajaran

1. Penilaian Sumatif (Pengiktirafan).

2. Penilaian Formatif (Peneguhan / pemulihan).

1. Penilaian sumatif.

2. Kemahiran insaniah

1. Penilaian sumatif.

2. Kemahiran insaniah


2.4

TEORI TEORI MENDASARI KURIKULUM

 



 

Fenomena Kurikulum

Teori Kurikulum

 

Disiplin Mental

Fungsional

Saintifik

Berasas Sekolah

 

Reka Bentuk Kurikulum

Tiada

Pendidikan menerapkan nilai, pengetahuan dan kemahiran. Kurikulum rasmi.

Aktiviti perlu dirancang secara teliti untuk membantu kanak-kanak belajar sendiri.

Berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan institusi.

 

Liputan Kurikulum

Semua ilmu adalah untuk membina perkambangan mental.

Menyediakan kemahiran kerja untuk memenuhi fungsi sosial.

Disiplin ilmu yang sesuai.

Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan.

 

Perkembangan Kurikulum

Tidak perlu dilakukan kerana setiap orang dilahirkan dengan fikiran yang berbeza.

Membahagi kurikulum kepada beberapa bidang dan program.

Merujuk kepada orang yang berlainan dalam kelas sosial.

Kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada murid mengikut pencapaian.

 

Perkembangan Kurikulum

Tiada

Perkembangan teknologi mempengaruhi kurikulum untuk memenuhi tuntutan kerja.

Tiada

Perubahan sistem berlaku mengikut perubahan politik, sosial dan ekonomi.


2.5

APLIKASI TEORI KURIKULUM BERASAS SEKOLAH KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN

 

TEORI KURIKULUM SEKOLAH

 

Kriteria

Keterangan

Contoh

 

Fungsi

Kawalan sosial dan penerapan ideologi

Pendidikan

 

Logik

Sekolah sebagai institusi masyarakat

Sosiologi

 

 

 

Fenomena Kurikulum (Kandungan Ilmu):

 

Reka bentuk

1. Ketentuan golongan dominan pada semua peringkat.

1. Berpusatkan akademik/ pengetahuan

2. Berpusatkan murid.

3. Berpusatkan masyarakat.

4. Eklektik

Liputan / skop

1. Ideologi golongan dominan.

1. Ideologi dimuatkan dalam:

i. Kandungan

ii. Kaedah

iii. Penilaian

Pembahagian

1. Kepelbagaian jurusan mengikut pencapaian dan minat.

1. Pelbagai aliran: Sains, sastera, agama, sukan, seni, TVET.

Perkembangan

1. Proses morfogenis dan sentiasa berubah.

KLSR à KBSR à KSSR

KLSM à KBSM à KSSM

Cadangan penambahbaikan

1. Memperkenalkan mata pelajaran bahasa asing.

2. Penggunaan bahasa Inggeris juga harus ada penambahbaikan.

3. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah digunakan secara holistik dan tidak hanya tertumpu kepada sebahagiam mata pelajaran sahaja.

1. Arab, Mandarin, Jepun.

2. Menjadi bahasa pengantar di sekolah

3. Penggunaan kaedah E-Learning dan web kamera untuk murid berinteraksi


2.6

PERBANDINGAN APLIKASI TEORI DALAM KURIKULUM BILIK DARJAH

 

TEORI

CIRI CIRI

BEHAVIOURISME

KONSTRUKTIVISME

Konsep

Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.

Pembelajaran ialah apabila murid membina kefahaman berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Murid menyesuaikan pengetahuan yang diterima dan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru menerusi keterlibatan secara langsung.

Kaedah pengajaran & pembelajaran

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Inkuiri

Pembelajaran konstruktif/ Berasas Masalah/ Projek

Aplikasi kurikulum

Berperingkat: Topik 1--T2---T3-- T4...

Berasas Tema: Tema 1--T2--T3--T4...

Berasas masalah/ kes/projek:

i. Masalah1--M2--M3

ii. Kes1--K2--K3--K4

Pendekatan pengajaran & pembelajaran

Berpusatkan guru

Berpusatkan murid dan bahan

Berpusatkan murid

Hasil untuk dicapai

Kualiti produk

Kualiti proses dan produk

Kualiti proses dan produk

Penglibatan guru

Guru aktif

Guru aktif

Guru aktif

Peranan guru

i. Pakar

ii. Rujukan utama

iii. Sumber maklumat

i. Fasilitator

ii. Pemudahcara

Pengarah

Pembelajaran murid

Murid pasif

Murid aktif

Murid aktif

Pentaksiran

Penilaian sumatif

Sumatif dan Kemahiran Insaniah

Sumatif dan Kemahiran Insaniah

Peranan murid

i. Pendengar aktif

ii. Mematuhi arahan

Penyumbang yang aktif

Penyumbang yang aktif

Fokus

Pencapaian:

i. Matlamat

ii. Hasil

Pencapaian:

i. Matlamat

ii. Hasil yang diterokai

Pencapaian:

i. Matlamat

ii. Hasil yang diterokai


2.7

PENUTUP

 

Hasil kurikulum yang digubal akan membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum yang telah dibentuk serta tanggapan masyarakat terhadap program yang dihasilkan dan institusinya. Semua pihak yang terlibat dengan kurikulum yang dibentuk perlu ada benchmark sendiri untuk setiap subjek supaya kurikulum yang ditawarkan tidak ketinggalan. Sebagai kesimpulannya, terdapat dua aliran yang kuat di dalam interpretasi dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi isi dan struktur kurikulum iaitu objektivis dan konstruktivis. Tugas setiap pendidik ialah memastikan serta menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherans serta kesan-kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil akhir yang diperoleh.


 



Comments